Assalamualaikum...Hai,apa khabar anda semua...diharapkan agar anda dalam sihat wal'afiat.Biarlah ungkapan ASSLAMUALAIKUM menjadi pembuka bicara apabila setiap kali kita bertemu dengan sesiapa pun tidak kiralah dia lebih muda mahupun lebih tua
Dalam Hidup ini, Allah tidak sentiasa memberi apa yang kita mahukan..tetapi sebenarnya Dia memberi apa yang kita perlukan untuk membantu kita supaya menjadi hamba-Nya yang terbaik di dunia dan akhirat
Ketahuilah sesungguhnya bagaikan lautan yang dalam..banyak manusia yang karam di dalamnya..Bila engkau ingin selamat agar tidak karam,layarilah dengan sampan taqwa, isinya adalah iman dan layarnya adalah tawakal kepada Allah....(",)
Seorang pendusta akan lekas hilang airmukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang dah terlalu teruk akhlaknya akan sentiasa melamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah bahawa sesungguhnya memindahkan batu besar dari tempatnya adalah lebih mudah daripada memberi pengertian kepada 0rang yang tidak mahu mengerti....
Siang yang terang jangan gelapkan dengan dosa. Malam yang panjang jangan pendekkan dengan tidur. Manfaatkan mase muda dengan menjadikan taqwa sebagai perahu,iman sebagai isinya, dan tawakal sebagai layarnya...
Kirimkan surat pngharapanmu di tengah keheningan malam... Jadikan air matamu sebagai dakwatya, Kedua pipimu sebagai kertasnya, Kepasrahanmu sebagai setemnya, dan Arasy Ilahi sebagai alamatnya, Setelah itu tunggulah jawapannya
JOM SANTAI BERSAMA KISAH PELIK
Seorang lelaki sedang berhibur di Bali. Isterinya sedang dalam perjalanan bisnes ke Jakarta dan merancang untuk bertemu dengan suaminya pada keesokkan harinya. Ketika sampai di hotel, lelaki itu memutuskan untuk menghantar e-mail kepada isterinya. Kerana tidak dapat mencari kertas memo yang di mana dia mencatat alamat e-mail isterinya tersebut, maka dia mencuba seboleh-bolehnya untuk menghantar e-mail ke isterinya. Sayangnya, dia terlupa satu huruf dan e-mail tersebut telah tersalah hantar ke seorang wanita yang baru kematian suaminya sehari sebelumnya. Saat wanita yang sedang berduka itu membaca e-mail tersebut, dia menjerit dan jatuh kelantai dan pengsan seketika. Keluarganya segera berlari ke dalam ruangannya dan melihat isi e-mail di layar komputer: "ISTERIKU YANG TERCINTA, BARU SAJA AKU SAMPAI....SEGALANYA TELAH DISIAP UNTUK KEDATANGANMU ESOK....AKU SANGAT MENANTIMU...O YA...PANAS SEKALI DISINI..."
No comments:
Post a Comment